Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).
Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.
Kerusi Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak `pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.
Sehingga kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.
Kontroversi jawatan MB
“Dua muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar.
“Hashim dan Zahidi kedua-duanya tokoh berpengalaman dan sudah tentu boleh menang di Kangar dan Padang Besar,” kata sumber itu.
Menurut beliau, dengan membawa masuk Azmi dan Radzi bertanding di kerusi DUN, lebih banyak calon Menteri Besar yang boleh diketengahkan.
Katanya, selain mereka berdua, tokoh-tokoh lain ialah Mohd isa, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail (Adun Pauh) dan Shahidan (Adun Tambun Tulang).
Hashim ketika dihubungi mengalu-alukan usaha untuk membawa tokoh-tokoh besar itu bertanding di kerusi DUN.
Katanya, langkah itu boleh menyelesaikan keributan merebut jawatan Menteri Besar di kalangan Umno Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan