"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengku Paduka tanding parlimen KT?

anaabdullah
Tengku Ibrahim yang menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi tidak lama dahulu itu telah disebut bakal bertanding PRU 13 nanti. Sama ada Dun atau parlimen sama samalah kita tunggu.
Persoalan yang timbul sekarang ini pihak PAS negeri Terengganu sudah menyatakan persetujuannya untuk meletakkan Raja Bahrin bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 13 nanti.

Persetujuan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam satu kenyataan membuat pengundi Parlimen Kuala Terengganu ribut seketika.

Apabila Tengku Peduka Raja menyertai PAS Soseh soseh kedengaran bahawa Tengku Peduka lebih layak diberi peluang bertanding di parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Bahrin.

Sesetengah mengatakan Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang pernah menang pada PRU 8 di DUN Tanggol atas tiket parti semangat 46 wajar bertanding di DUN Langkap.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang masih proaktif dan layak bertanding miskipun usianya sudah lanjut.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 negeri Terengganu sangat dihormati pihak lawan, Dengan lain perkataan beliau mempunyai pengalaman sebagai orang ahli politik yang disegani semua pihak berbanding dengan Raja Bahrin yang baru berjinak jinak dengan dunia politik yang penuh dengan tipu daya dan cabaran.

Tengku Paduka yang pernah menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol yang proaktif dan digeruni Tan Wan Mukhtar MB Terengganu kerana banyak modal dan pengalaman.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

“Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik,” katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Persoalan yang timbul kini, Raja Baharin yang disebut akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu adalah orang baru berbanding Tengku penduka raja yang pernah jadi ADUN Tanggol itu.

Dari segi ketokohan Tengku penduka lebih layak diangkat bertanding PRU 13 di Parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Baharin.

Tiada ulasan: