"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH 4: Gambar Mat Sabu tidur dalam khemah

Mat Sabu tidak kisah tidur dalam khemah
KUALA LUMPUR: Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang antara pemimpin yang turut tidur bersama peserta Bersih di pekarangan Dataran Merdeka.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan tidur dalam khemah adalah biasa bagi dirinya.

"Saya tidak kisah. Tidur dalam khemah ini sudah biasa. Tidur di tempat enam bintang boleh, tempat tiada bintang pun boleh.

"Rakyat boleh tidur di jalanan. Pemimpin juga seharusnya boleh berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, beliau akan terus bersama peserta Bersih 4.0 sehingga himpunan tersebut tamat.

"Setakat ini, himpunan terkawal dan peserta juga berhimpun dan mengikut arahan yang diberikan.

"Saya bersemangat untuk meneruskan himpunan seterusnya mencapai matlamat himpunan Bersih ini,"katanya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: