"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!!‘Perkahwinan’ Hatta Ramli bubar selepas sertai Parti Pekerja, kata PAS

'Perkahwinan’ Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli terbubar talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah kerana keluar PAS tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
,
PAS yakin perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat, lapor Utusan Malaysia.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kiri) berkata, parti Islam itu memegang teguh pendirian tersebut memandangkan baiah  setiap calon yang bertanding di Kelantan mengandungi tambahan iaitu cerai taklik talak 3.

"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan baiah itu tetapi pendirian PAS ialah baiah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.

"Baiah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak 3.

"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat khas PAS Kelantan di JKR 10, semalam.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, wakil rakyat PAS negeri lain yang turut meninggalkan parti Islam itu tanpa meletakkan jawatan juga perlu sedar pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang menyertai Parti Pekerja merujuk status perkahwinan di mahkamah syariah.

Shukri dilapor Utusan Malaysia berkata, mahkamah syariah merupakan institusi paling tepat untuk merujuk perkara berkaitan kemusykilan status perkahwinan seumpama itu.

"Lebih baik mereka merujuk mahkamah syariah secepat mungkin. Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan baiah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan," katanya.

Katanya, lafaz baiah wakil rakyat PAS itu bersifat subjektif, menyebabkan ramai ilmuwan agama membuat kenyataan berlainan sehingga mengundang persepsi negatif masyarakat.

"Bagi satu kes, ada banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak menyebabkan rakyat nampak perkara ini bercanggah antara satu sama lain.

"Sebenarnya adalah lebih baik kita kumpul pandangan berkaitan perkara ini secara berkumpulan dalam satu muzakarah," katanya.

PAS setakat semalam mengesahkan 22 bekas pemimpinnya termasuk 7 wakil rakyat bukan lagi ahli parti selepas mereka mengisytiharkan diri masuk Parti Pekerja.

Selain Dr Hatta, wakil rakyat lain adalah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), dan Khalid Samad (Shah Alam).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang terlibat ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani) serta Hasnul Baharuddin (Morib).

Bekas pemimpin PAS lain adalah Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mohd Hassanuddin Yunus, Mohd Sany Hamzan, Mohd Anuar Tahir, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Turut tergugur keahlian Asmuni Awi, Suhaizan Kaiat, Izham Hasyim, Adly Zahari, Raj Munni Sabu, Mazlan Aliman, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Datuk Wan Abdul Rahim
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: