"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang 'Ayahanda' macai Umno? ditangkap baling mercun bola kearah peserta Bersih 4 (Gambar)

Hang tak payah duk ber 'ayahanda' sangat la, dalam puluhan ribu orang tu bekas-bekas komando, askar dan polis pun ramai. Bersama kezaliman dan provokasi ni la makan dia. Takat rantai tambat kera besaq kat tengkuk tu tak payah duk bajet لأمر بالمعروف والنهي عن المنكر sangat la.
Foto Suara rakyat Sarawak.
Suara rakyat Sarawak bersama Ariel Shah III
Nama ; Suhaimi Taliban
Jawatan ; Ayahanda
Parti ; Umno
Hobi ; Memacai
Kelebihan ; pakar provoke.

--------------------------------

Letupan Mercun: Empat Lagi Lelaki Ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.

"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.

"Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.
-Bernama-

1 ulasan:

expresso berkata...

Lelaki itu mewakili rasa tidak puas hati org Melayu terhadap provokasi Cina yang tak peduli samada perhimpunan itu haram ke apa ke? Mujur dia tak baling bom ? Tapi di cuma baling mercun jer tetapi letupan mercun itu sudah cukup utk mewakili rasa marahnya orang melayu terhadap kesombongan Cina DAP dan kebodohan segelintir orang melayu yang sanggup utk turun menyokong demo haram BERSIH mereka.