"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita meraung barang jualan dirampas penguatkuasa (video)

FMT Reporters
wanita,mengamuk
PETALING JAYA: Seorang wanita melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas apabila barang-barang jualannya hendak dirampas oleh penguatkuasa.

Berdasarkan sudut yang diambil, visual berkenaan dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.

Semasa kejadian wanita berkenaan bersama seorang lelaki dan anak kecilnya.

Mereka berdua melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.

Audio daripada visual tersebut jelas dapat didengar seorang pegawai penguatkuasa memberikan arahan kepada anggotanya supaya mengambil barang-barang mereka.

Sesuatu yang membuatkan hati mereka yang melihat video itu menjadi tersentuh ialah apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita berkenaan yang turut menjerit melihat perlakuan ke atas peniaga itu.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memberitahu, anggota penguatkuasa bertindak selepas pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti berniaga pasangan itu yang telah menyebabkan kawasan di hadapan sekolah kotor.

1 ulasan:

pkrcabangtambun berkata...

Mana videonya?? Palabutuh laa.