"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz:Kejar ‘3 kerusi’ lagi tubuh kerajaan baharu Kedah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yakin mampu menang tiga kerusi dengan “margin kecil” sebagai tambahan kepada 16 kerusi bagi mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan Kedah, pada PRN 12 Ogos.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar, berkata jika PH-BN mendapat lebih daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ia merupakan satu bonus.

“Saya masih yakin 16 kerusi sudah dalam genggaman, kita hanya nak kejar tiga kerusi saja lagi dan tiga kerusi itu pun kita yakin sudah dicapai setakat ini. Saya tak boleh sebut di mana, itu rahsia dan kita tak mahu ganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya menurut Utusan Malaysia pada sidang akhbar di Bangunan Tunku, Alor Setar.

Sementara itu, Pengerusi BN Kedah Mahdzir Khalid berkata, berdasarkan laporan diperolehi setakat ini, gabungan tersebut terus mendapat keyakinan dan sokongan rakyat daripada pelbagai kaum.

Katanya, peratusan sokongan kepada BN termasuk PH juga terus menunjukkan peningkatan baik dan sangat progresif.

“Kerajaan perpaduan ini mendapat sokongan masyarakat dan kita berada pada tahap yang meyakinkan. Insya-Allah kita akan berjaya menubuhkan kerajaan atau meletakkan BN dan PH di hadapan dalam persaingan dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Sebelum DUN Kedah yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan bagi membuka laluan kepada PRN, PAS memiliki 15 kerusi dengan Bersatu (6). Umno pula mempunyai dua kerusi.

PH pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5), Amanah (4), dan DAP (2), manakala dua lagi kerusi dimiliki Pejuang. Bagaimanapun, pada PRN kali ini, Pejuang tidak bertanding.

Tiada ulasan: