"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tembak 9 das hentikan kenderaan penjenayah, Ganesan dicari polis

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
RAKAMAN tular polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek. Gambar kecil, Ganesan dicari bantu siasatan. FOTO Ihsan Polis
RAKAMAN tular polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek. Gambar kecil, Ganesan dicari bantu siasatan. FOTO Ihsan Polis
Kuala Lumpur: Polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah Proton Wira dinaiki dua suspek yang enggan berhenti diperiksa di Laman Rimbunan, Jalan Kepong, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu tular selepas satu video berdurasi 13 saat memaparkan tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di jalan yang sesak dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 7.45 pagi sebelum kenderaan dipandu kedua-dua suspek terbabit terbabas lebih kurang 10 minit kemudian.

"Anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sedang membuat rondaan dan terserempak kereta dipandu dua lelaki tempatan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Kereta terbabit diarah berhenti tetapi mereka enggan dan terus melarikan diri lalu dikejar (polis) sehingga ke jalan yang berlaku kesesakan (video tular)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong di sini, yang sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB berkenaan.

"Dua anggota URB turun dari motosikal dan dalam konteks untuk memberhentikan kereta yang memberi ancaman kepada orang lain mereka melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

"Kesemua tembakan dihalakan pada tayar kereta yang menyebabkan kebocoran tayar dan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah sebuah kawasan perumahan.

Katanya, semakan mendapati kereta terbabit dimiliki seorang wanita tempatan yang meminjamkan kepada seorang lelaki lain bagaimanapun buat masa ini tidak dapat dipastikan pembabitan individu berkenaan.

"Pemeriksaan dalam kenderaan menemui besi buruk yang mungkin dicuri…kita tak dapat kenal pasti apa tujuan barang-barang ini buat masa ini," katanya.

Susulan itu, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai boleh membantu mengesan suspek terbabit iaitu Ganesan Olakanathan, 40.

"Kita kesan Ganesan kerana kita percaya dia orang yang boleh bantu siasatan…buat masa ini dia bukan suspek… laporan forensik pun masih belum dapat.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam," katanya.

Tiada ulasan: