"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat dalam guni: Seleweng duit syarikat disyaki motif kerani warga India dibunuh

Bernama
Anggota polis memeriksa mayat lelaki yang dipercayai dibunuh dan ditemukan dalam guni di tapak premis besi buruk Taman Bukit Serdang, Selangor. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Menyeleweng duit syarikat sehingga puluhan ribu ringgit dipercayai motif seorang lelaki warga India dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam guni di sebuah tapak premis besi buruk Taman Bukit Serdang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Serdang A A Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati kerani kewangan berusia 41 tahun di syarikat barangan lusuh dan terpakai itu didakwa mengambil wang dari tempatnya bekerja.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai majikan mangsa itu kemudiannya membawa mangsa dan disimpan selama beberapa hari sebelum mangsa dibunuh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, seramai 13 individu termasuk tiga wanita ditahan semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, 10 suspek lelaki berumur 20 hingga 58 tahun yang merupakan ahli keluarga majikan dan rakan mangsa direman selama tujuh hari bermula hari ini manakala tiga wanita itu pula dibebaskan setelah selesai diambil keterangan.

Penemuan mayat berkenaan dilaporkan kepada pihak polis oleh orang awam pada 1.30 tengah hari, semalam.

Tiada ulasan: