"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM mohon mahkamah, peroleh dokumen peguam Mahiaddin

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat permohonan mahkamah untuk memperoleh dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pulangan dari aktiviti haram di dalam penyelesaian di antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berhubung kes 1Malaysia Development Berhad.

Permintaan ini dibuat dalam dua permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 11 Oktober.

SPRM telah menamakan peguam Chetan dan firmanya Chetan Jethwani & Co dalam satu permohonan.

Mereka menamakan peguam Rosli Dahlan dan firma Rosli Dahlan Saravana Partnership dalam permohonan kedua.

Chetan ialah peguam presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk kes sivil manakala Rosli mewakili mantan perdana menteri tersebut dalam kes Jana Wibawa.

SPRM mahu kedua -dua peguam tersebut menyerahkan sepuluh dokumen termasuk surat pelantikan sebagai peguam Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), kenyataan akaun bank persendirian dan firma mereka.

Siasatan ke atas kedua-dua peguam sedang dijalankan selaras dengan seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan. Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tindakan permohonan mahkamah ini dibuat berikutan serbuan SPRM ke atas kedua -dua firma guaman tersebut tidak menjadi.

Dalam afidavit balas, Chetan menyatakan bahawa permohonan tersebut cacat kerana permohonan dibuat oleh SPRM bukannya pendakwaraya.

Chetan turut menyatakan tiada perjanjian dipersetujui oleh Goldman Sachs untuk membayar US$9.7 bilion sebagai terma pembayaran di dalam penyelesaian yang kekal rahsia.

Tiada ulasan: