"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PMX: Malaysia akan tetap iktiraf Hamas

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan pendirian Malaysia untuk terus mengiktiraf Hamas dalam perbincangannya dengan Barat.

“Barat dan Eropah ambil sikap hipokrit mengizinkan kezaliman bertersuan.Saya beritahu, kita ada hubungan dengan Hamas. Kita tidak bersetuju menekan. Hamas juga menang menerusi pilihanraya bebas,” kata Anwar dalam sesi penerangan mengenai perkembangan mutakhir krisis Israel-Palestin.

Beliau turut menegaskan keperluan negara-negara yang menyokong perjuangan Palestin untuk mengambil tindakan bersama agar rakyat di Gaza boleh diselamatkan.

“Dunia izinkan pembunuhan ramai-ramai. Sudah sampai ketika Malaysia bersama rakan buat apa saja yang perlu.”

Beliau turut menjawab dakwaan bahawa bahawa Malaysia enggan menghantar tentera.

“Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej dan tazkirah mereka untuk singgung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jika mahu hantar tentera, termasuk pasukan pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan, ia mesti disepakati negara jiran. Jika tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat.”

Di pihak Malaysia pula, Anwar menyatakan bahawa Menteri Luar, Senator Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan berlepas ke Jeddah malam ini.

“Saya berlepas ke Riyadh pada hari Khamis untuk mesyuarat antara GCC dan ASEAN. Putera Salman minta saya sambung pada 21hb. Saya akan bincang dengan UAE Qatar Mesir, Turki,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Al Saud.”

GCC ialah Majlis Kerjasama Teluk, badan serantau di Timur Tengah.

Berkaitan situasi di wilayah yang bergolak pula, Anwar berkata tindakan Israel menutup sempadan membantutkan usaha kemanusiaan untuk menghantar bekalan makanan dan minuman kepada penduduk Gaza.

“Tiga pesawat Turki dah sampai sempadan Rafa-Gaza tetapi tak (sempadan tak) buka. Qatar juga hantar tapi tersangkut. Sekiranya dibuka akan dipaksa rakyat keluar. Kita mahu kirim bantuan. Bantuan kemanusiaan harus disegerakan.”

Beliau menambah sekiranya tiada tindakan diambil, perang di sana akan menjadi perang genosid, iaitu perang penghapusan bangsa.

Anwar turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Israel juga telah mula mengembangkan perang dengan serangan ke atas kawasan selatan Lubnan dan Aleppo, Syria.

Tiada ulasan: