"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Tahniah Sepanyol, Netanyahu perlu segera dihadap ke Mahkamah Jenayah

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF

Pemuda AMANAH Nasional merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Hak Asasi Sepanyol, Ms Lone Bellara susulan kenyataan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan, jenayah perang yang dilakukan ‘penjenayah’ Netanyahu itu, perlu segera dihentikan dan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Tahniah dan terima kasih kepada Bellara atas kenyataan jelas bahawa Perdana Menteri Israel, Netanyahu perlu segera dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas segala jenayah perang yang dilakukan oleh Zionis Israel pimpinan Netanyahu.

“Ia termasuk serangan terhadap kanak-kanak, wanita serta penggunaan bom fosforus yang dilarang ketika ini.

“Kami juga mendesak supaya Kerajaan Perpaduan dapat membawa mesej yang sama dengan semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan bersidang dalam satu mesyuarat tergempar di Jeddah esok, yang akan dihadiri Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan mengenai perkembangan krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, mengecam sikap kepura-puraan dan hipokrit negara Barat kerana mengizinkan kezaliman berterusan Israel terhadap Palestin, tetapi keras terhadap Russia dalam isu Ukraine.

Beliau berkata, dunia Barat menutup mata dan membenarkan tindakan penghapusan etnik oleh rejim Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.

Tiada ulasan: