"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hamzah Zainudin: Nasib MP Kuala Kangsar diketahui sehari, dua lagi

Raveena Nagotra, Geraldine Tong & B Nantha Kumar

PARLIMEN | PN akan membuat keputusan dalam beberapa hari akan datang mengenai tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, berikutan keputusannya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya memutuskan tindakan lanjut terhadap Iskandar.

“Dalam sehari dua (kita akan adakan mesyuarat) selepas itu kita akan buat (keputusan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Ketua Pene­rangan Bersatu, Razali Idris sebelum ini berkata, parti itu hanya akan mengambil tindakan drastik menggugurkan keahlian Iskandar Dzulkarnain jika dia bertukar kerusi dan duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

“Parti belum membincangkan apa tindakan bakal dikenakan, tetapi tidaklah sampai hentikan keahlian," kata Razali.

Pada 12 Oktober lalu, ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menyuarakan sokongan terhadap perdana menteri, memetik kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Dia berkata keputusannya juga bertujuan untuk menguji sama ada perdana menteri ikhlas memberikan peruntukan kepada mana-mana ahli parlimen yang menyokong dasar kerajaan perpaduan.

Susulan pengisytiharan itu, Hamzah mendakwa kerajaan berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.

Hamzah juga mendakwa SPRM mengugut Iskandar Dzulkarnain supaya menyokong Anwar atau menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan dakwaan itu.

Tiada ulasan: