"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada ustaz dakwa nikah Sabri dan Angeline tidak sah (Jawapan Ustaz Rozaimi)

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI

Seorang ulama mendakwa pernikahan pelakon era 90 an Sabri Yunus dan Angeline Tan tidak sah.

Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari dalam satu ceramah baru-baru ini berkata, pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Ketika akad nikah berlangsung, Sabri mengucapkan dengan ringkas yang menyebut “saya terima dengan seperti yang disebutkan”.

Syeikh Nuruddin mendakwa, ijab dan qabul yang tidak menyebut “saya terima nikahnya” adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat wajib dalam ijab qabul pernikahan.

“Ijab kabul yang berlangsung juga agak sedikit lambat (ucapan Sabri). Ijab qabul itu disyaratkan segera, bersambung. Tidak ada pemisah antara ijab dengan qabul. Tadi agak relatif lambat. Eloknya diulang sekali lagi.

“Kedua, setelah diijab oleh Sahibul Samahah (Mufti Perlis), ternyata dengan jawapan daripada si pengantin tadi itu agak janggal bahasanya,

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang telah disebutkan tadi..bahasanya cantik sedikit..dalam bahasa Arab, (kena sebut) terima apa? terima duit? kereta? pinjaman? Jadi kena ada sebutan ‘aku terima akad nikahnya dengan mas kahwin yang disebutkan tadi itu’. Itu ok,” katanya.

Tambahnya, pernikahan itu tetap tidak sah biarpun saksi mengatakan ianya sah.

Beliau turut membuat teguran terbuka kepada Mohd Asri agar lebih cermat dalam urusan pernikahan kerana dikhuatiri tidak sah dan hubungan suami isteri itu boleh menjadi hubungan zina.

“Kalau ada yang mengatakan sah, tetap saya katakan tidak sah, kenapa? sebab kita punya kaedah yang berbunyi kita kena lebih berhati-hati, lebih berwaspada.

“Nikah kahwin kita kena lebih cermat, kena lebih teliti. Kalau sahabat kita kata sah, tetap ia tidak sah sebab ijab qabul tidak tepat. kalau aku terima sahaja dengan seperti yang disebutkan.. apa itu? Kenapa jurubicara di samping tidak menegur,” katanya.

Terdahulu pada 14 Oktober, Sabri yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dan Angeline Tan selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang telah dinikahkan oleh Mohd Asri.

Jawapan Ustaz Rozaimi

Tiada ulasan: