"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru lelaki tampar wanita

FMT Reporters
Tangkap layar video tular memaparkan lelaki terbabit menampar seorang wanita dalam sebuah kereta.
PETALING JAYA: Polis mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam video pergaduhan dan insiden menampar seorang wanita.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata siasatan awal mendapati pengadu seorang perempuan warga tempatan berumur 21 tahun menyatakan ditampar bekas teman lelakinya berumur 22 tahun akibat perselisihan faham.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012 8819215 atau polis Gombak di talian 03 61262222,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 6.30 petang Isnin lalu dan tular keesokannya. Video 22 saat itu memaparkan lelaki terbabit menampar seorang wanita dalam sebuah kereta.

Tiada ulasan: