"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki pecah patung dalam kuil ditahan

FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas bertindak memecahkan patung dalam sebuah kuil di Matang, Perak.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya turut merampas dua objek iaitu tukul yang digunakannya untuk memecahkan patung terbabit.

Katanya, penahanan itu susulan satu laporan diterima pagi tadi berhubung kejadian berkenaan.

“Polis membuka satu kertas siasatan bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan.

Tiada ulasan: