"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pokok durian ditebang, datuk minta pampasan RM15,000 diserang penduduk

KOSMO!
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram
 
Share on linkedi
IK diserbu kumpulan orang ramai sehingga memaksa polis campur tangan dan membawanya keluar. – Tribunnews
JAKARTA – Seorang warga emas berusia 70 tahun diserbu penduduk kampung yang berang terhadapnya selepas dia meminta ganti rugi kerana tidak berpuas hati pokok duriannya ditebang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Dalam kejadian pada 6 Oktober lalu, penduduk Kampung Purwosari, Temanggung, wilayah Jawa Tengah melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan mereka.

Mereka kemudian ada menebang pokok durian milik lelaki itu yang dikenali sebagai IK kerana ia dikatakan menjulur ke atas jalan.

Berang dengan tindakan tersebut, IK melaporkan perkara itu kepada ketua kampung dan meminta ganti rugi sebanyak 50 juta rupiah (RM15,061).

Penduduk kampung yang berasa marah dengan permintaan itu kemudian bertindak menyerbu warga emas tersebut dan cuba menyerangnya.

Dalam video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat mengelilingi lelaki tersebut  dan menyerangnya sebelum polis tiba lalu membawanya keluar daripada kumpulan orang ramai.

IK kemudian dibawa menaiki kenderaan polis bagi menghalang orang ramai daripada terus menyerangnya.

Perkara itu bagaimanapun telah selesai dengan penduduk kampung bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 5 juta rupiah (RM1,506). – AGENSI 

Tiada ulasan: