Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Jitra: Seekor ular sawa ditemui kekenyangan selepas menelan seekor kambing dalam kandang ternakan di Batu 7, Kampung Guar Batu Hitam di sini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu, Leftenan (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.32 pagi tadi.
Beliau berkata, ular sawa batik yang mempunyai berat 140 kilogram (kg) dan anggaran panjang tujuh meter didapati masih berada di dalam kandang kambing berkenaan.
"Anggota APM Kubang Pasu mendapati ular sawa batik itu sedang menelan seekor kambing yang berada di kandang berhampiran rumah penternak haiwan itu.
"Ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan