"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN ‘pecah’ jika Pas bersama Kerajaan Perpaduan

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF 

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menjangkakan Perikatan Nasional (PN) akan ‘pecah’ sekiranya Pas menganggotai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merasakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan kemungkinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) juga tidak akan menerima Bersatu.

”Kalau Pas duduk dalam Kerajaan Perpaduan, maknanya PN pecah kerana saya rasa Bersatu tidak akan bersama dan mungkin PH-BN tidak akan terima Bersatu.

”Tawaran yang Anwar lemparkan itu kepada Pas sahaja dan bukannya Bersatu. Mungkin tawaran yang macam ‘perli’ jugalah, mungkin bukan sesuatu yang serius.

”Kita pun tidak tahu (suasana tawaran) itu macam mana dan apa maksud Anwar.

“Mungkin awak (Pas) sudah nampak kita ini dah stabil, tak akan jatuh, tak akan tukar kerajaan, mungkin kamu nak sertai? Itu saya tak tahu lah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan bual bicara bertajuk ‘Pas nak bersama Kerajaan Perpaduan?’ di Jom Channel malam tadi.

Pada 12 Oktober lalu, Anwar dilapor berkata Pas masih tidak memberi respons yang jelas mengenai jemputan tersebut.

“Tidak ada penolakan yang jelas mahupun respons positif. Iklim politik ketika ini masih agak panas, jadi kami mahu biarkan ia sejuk dahulu untuk seketika,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak mahu menghalang Pas daripada menyertai Kerajaan Perpaduan, namun, parti tersebut perlu tetap menerima syarat dasar utama tersebut.

Tiada ulasan: