"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki benarkan, tengok 5 lelaki rogol isteri dihukum

Bhonline

SINGAPURA: Mahkamah menolak rayuan seorang lelaki bagi meringankan hukuman penjara 29 tahun dan 24 sebatan kerana mengundang lelaki lain untuk merogol isterinya, dengan dia sendiri menontonnya.

Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon, menolak rayuan lelaki berkenaan dengan menegaskan mahkamah perlu berpegang kepada prinsip hukuman yang ada dan menyifatkan hukuman yang dijatuhkan berdasarkan jenayah itu adalah 'ringan'.

Pada Mei 2023, bapa empat anak berusia 42 tahun itu membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi di mana dia menjemput lima lelaki ke rumahnya antara 2010 dan 2018 untuk merogol isterinya.

Dia memberi ubat pelali kepada isterinya sebelum menyaksikan lelaki yang dijemput merogol isterinya – seringkali tanpa perlindungan – di dalam bilik tidurnya manakala anak mereka tidur di bilik lain.

Dia juga telah merogol isteri dua lelaki yang dijemputnya, menurut laporan Berita Harian Singapura.

Pada 17 Januari, lelaki itu, yang mewakili diri sendiri, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dia merayu kerana cintanya kepada isteri, anak-anak dan ibu bapa yang semakin tua, dan dia tidak boleh meninggalkan orang yang tersayang untuk 'menjaga diri mereka sendiri'.

Dia juga tidak menafikan bahawa dia telah melakukan kesalahan, tetapi meminta supaya hukuman terhadapnya diringankan.

"Hukuman yang dikenakan telah menjejas kehidupan saya, jiwa saya telah mati, yang tinggal hanyalah kekosongan," katanya ketika membuat rayuan.

Dia juga menyerahkan surat daripada ibu dan ahli keluarga lain merayu bagi pihaknya supaya hukuman diringankan.

Dalam surat tersebut, ibunya berkata dia seorang anak yang banyak berbakti, tidak mengabaikan ibu bapa walaupun dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk keluarganya.

Ibunya juga menggambarkan bagaimana beliau pernah melihat anaknya itu memesan hanya sayur-sayuran dan telur kukus di kedai kopi.

Namun, mahkamah tertinggi tiga hakim itu berkata ia tidak fikir hukuman yang dijatuhkan itu tidak setimpal.

"Saya rasa, hakim telah memberi hukuman yang ringan," kata Ketua Hakim Negara.

Beliau memberitahu lelaki itu: "Saya tahu anda berasa hampa, anda menyalahkan diri sendiri... anda perlu hadapi apa yang anda lakukan, dan anda perlu mencari jawapan untuk itu.

"Bagaimanapun, janganlah anda cuba untuk mencadangkan bahawa mahkamah perlu bersikap belas kasihan kepada anda," katanya.

Lelaki tersebut adalah salah seorang daripada tujuh yang dihadapkan ke mahkamah dalam kes yang belum pernah berlaku sebelum ini, di mana suami bersubahat dengan lelaki lain supaya pasangan mereka sendiri diberikan dadah sebelum dirogol.

Jenayah itu terbongkar selepas isteri lelaki itu menemui imej lucah dirinya pada telefon bimbit suaminya pada 1 Januari 2020, dan mendapati suaminya dan seorang lelaki lain telah 'bertukar isteri'.

Ramai dalam kalangan lelaki itu mengenali satu sama lain menerusi forum dalam talian 'SammyBoy' dan platform lain di mana mereka akan berkongsi fantasi mengenai bertukar pasangan.

Empat daripada lima lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing dan dijatuhkan hukuman penjara antara 13 tahun lima bulan dan 22 tahun termasuk tiga daripada mereka juga masing-masing dijatuhi hukuman 20 sebatan rotan.

Lelaki kelima didapati bersalah pada November 2023 berikutan perbicaraan, dan sedang menunggu hukuman.

Seorang daripada lima lelaki itu turut menjemput lelaki ketujuh untuk merogol isterinya, tetapi percubaan itu tidak berjaya dan lelaki ketujuh itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun. - AGENSI

Tiada ulasan: