"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sehari selepas masjid, surau pula terbakar

Alias Abd Rani
bhnews@bharian.com.my
Anggota polis memeriksa keadaan surau di Parit Bangsa yang terbakar, malam tadi. - NSTP/ALIAS ABD RANI
Anggota polis memeriksa keadaan surau di Parit Bangsa yang terbakar, malam tadi. - NSTP/ALIAS ABD RANI
BATU PAHAT: EXCO Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid curiga selepas sebuah surau di Sri Medan, dekat sini, terbakar malam tadi, sehari selepas sebuah masjid mengalami nasib sama.

Surau Parit Bangas dilaporkan terbakar jam 10 malam, menyebabkan sebahagian besar peralatan seperti permaidani, perabot dan pendingin hawa musnah.

Ia kejadian kedua sehari selepas kebakaran masjid Kampung Parit Simis, namun punca kejadian difahamkan masih dalam siasatan.

Mohd Fared berkata, malam kelmarin, Masjid Kampung Parit Simis mengalami kebakaran dan hasil siasatan awal mendapati ada kesan bau petrol dan penyapu lidi terbakar ditemukan dalam masjid itu.

"Kali ini Surau Parit Bangas pula, tapi syukur kedua-dua kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada orang kampung, Jika perbuatan khianat, semoga pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dua institusi agama itu.

"Jika isu pendawaian elektrik, saya akan pastikan semua masjid dan surau seluruh Johor diperiksa segera supaya kejadian buruk tidak berulang. Saya mohon semua penduduk berdoa agar kampung, daerah, negeri serta negara kita terhindar daripada sebarang kejadian buruk yang merosakkan," katanya.

Tiada ulasan: