"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jalan teruk berlubang sampaikan ‘mayat hidup semula’

KOSMO
Ambulans yang membawa Darshan terjatuh ke dalam lubang jalan yang dalam. – Unsplash
NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Haryana, India digambarkan sebagai mati hidup semula selepas ambulans yang membawa ‘mayatnya’ terjatuh ke dalam lubang jalan, menyebabkan warga emas berusia 80 tahun itu kembali bernafas, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Darshan Singh Brar, sebelum itu diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya selepas mengalami jangkitan pada dada yang teruk.

Cucu Darshan, Balwan Singh berkata, sejurus menerima berita itu Khamis lalu, mereka sekeluarga bersiap sedia mengadakan majlis pengebumian lelaki tersebut di kampungnya di Nising.

Namun, ketika ambulas yang membawa Darshan melalui sebatang jalan di daerah Kaithal, kenderaan itu terjatuh ke dalam jalan berlubang yang dalam.

Beberapa minit kemudian, saudara lelaki Balwan yang memerhatikan mayat Darshan menyedari datuknya mula bergerak.

Dia dengan segera memeriksa nadi lelaki itu dan selepas mendapati Darshan masih bernyawa, pasukan ambulans terus membawanya ke hospital terdekat.

Doktor kemudian mengesahkan bahawa Darshan masih hidup dan berada dalam keadaan kritikal. 

“Ia adalah satu keajaiban. Kami berharap agar datuk saya segera sembuh. Semua orang yang berkumpul untuk majlis pengebumiannya mengucapkan tahniah,” kata Balwan.

Darshan kini dirawat di sebuah hospital di Karnal. Walaupun keadaannya masih serius, dia dilaporkan sudah mampu bernafas tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan. – AGENSI 

Tiada ulasan: