"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Subsidi: Sudah tiba masanya naikkan caj kesihatan?

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Sekali lagi PMX memberi isyarat subsidi bersasar perlu dipraktikkan. Subsidi sepatutnya membantu orang miskin tetapi tersasar apabila yang mendapat manfaat subsidi golongan elit.

Beberapa bulan lalu, saya berkesempatan menghadiri taklimat daripada Penasihat Ekonomi negara mengenai subsidi tersasar.

Bila mendengar penerangan diberikan seram sejuk bila dimaklumkan hutang dan belanja urus negara tidak tertanggung lagi oleh kerajaan.

Kenapa perlu subsidi bersasar? Kesannya mengakibatkan wang rakyat sepatutnya untuk membantu golongan miskin, dinikmati golongan elit malah lebih menyedihkan rakyat negara jiran kerana ketirisan.

Contoh minyak diesel, berpuluh bilion kerajaan menanggung kerugian kerana ia telah diseludup ke negara jiran seperti Thailand dan Filipina. Rakyat negara ini yang terpaksa menanggung subsidi minyak tersebut.

Bagaimana yang saya maksudkan golongan elit (T20) yang menikmati subsidi berbanding orang miskin (B40).

Mari kita lihat siapa sebenarnya yang mendapat manfaat subsidi petrol yang ditanggung berpuluh bilion oleh kerajaan.

PETROL
Harga sebenar RM 3.55
Harga pam RM 2.05
Subsidi 1 liter RM 1.50

B40 rata-ratanya menggunakan motosikal untuk kegunaan harian. Subsidi yang mereka guna daripada petrol anggaran 50 liter sebulan bersamaan RM75 yang ditanggung kerajaan.

T20 rata-rata ada 3 hingga 5 buah kenderaan. Anggaran kasar mereka menggunakan 500 liter sebulan. Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi untuk orang kaya RM750 sebulan.

Itu baru satu keluarga dan bayangkan berapa juta golongan T20 ini ada di negara ini.

Adalah tidak adil kerana mengikut anggaran kasar (kajian dilakukan) RM60 bilion subsidi bahan api ini….

35% dinikmati golongan T20
41% dinikmati golongan M40
24% sahaja dinikmati golongan B40

Maka, jadilah seperti laungan PMX ketika menjadi pembangkang… “Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana “.

Tahukah saudara, setiap liter yang kita isi penuh ke dalam tangki kereta kita (Toyota Camry 50 liter) bermakna kerajaan ‘beri bantuan’ sebanyak RM75. Itu untuk sebuah kenderaan bayangkan ada berpuluh juta kenderaan di dalam negara.

Tahukah saudara, Malaysia adalah 29 negara yang masih memberikan subsidi petrol dan 1 daripada 52 negara yang masih memberi subsidi diesel.

Subsidi petrol kita pula adalah yang ketiga tertinggi di dunia selepas Iran dan Arab Saudi. Manakala subsidi diesel pula negara kita adalah yang ketujuh tertinggi berikan subsidi diesel.

Bukan mudah untuk menarik subsidi walaupun jika dimulakan pengurangan 20% kerana ia bukan tindakan populis.

Disebabkan itu Perdana Menteri sebelum ini tidak berani untuk mengambil langkah mengurangkan subsidi walaupun telah dinasihati.

Silap-silap gaya boleh jatuh sesebuah kerajaan kerana kenaikkan harga bahan api. Pemimpin-pemimpin dunia sangat berhati-hati dengan menarik sedikit demi sedikit subsidi.

Disebabkan itu Presiden Jokowi pernah berkata, keputusan untuk melaraskan harga bahan api adalah sesuatu yang sukar dan menjadi ‘pilihan terakhirnya’.

Walaupun ada penentangan keras, akhirnya Jokowi menaikkan harga petrolnya sekitar RM4.20 hingga RM4.80 seliter mengikut gred pada tahun 2022 (tidak silap). Malah, RON 90 di Indonesia lebih mahal dari RON 95 di Malaysia.

Saya dalam kunjungan ke Jakarta terkejut bagaimana orang Indonesia boleh menerima harga seliter petrol mereka dua kali ganda daripada petrol kita sedangkan pendapatan perkapita mereka jauh lebih rendah.

Subsidi bersasar bantu marhaen

Selama hari ini kerajaan memberi subsidi secara pukal. Maksud pukal subsidi itu turut diraih oleh semua golongan hingga membebankan rakyat marhen.

Subsidi pukal ini mendorong kpd ketirisan dan pembaziran tanpa kita sedari. Bayangkan jika kita dpt jimatkan RM 60bil subsidi setahun…dgn wang tersebut kita mampu bina 120 hospital dan 700 buah sekolah.

Itu belum bantuan pembelajaran percuma kpd semua pelajar IPTA dan pendidikan di sekolah menengah dan rendah jika kita dpt mengurangkan subsidi.

Kita mesti mulakan pemindahan subsidi ini. Dari subsidi ke poket rakyat. Sebelum melaksanakannya, PMX perlu bantuan agensi2 penerangan kerajaan, Menteri2, media2 sosial dan kita semua utk memberi penerangan.

Kita perlu jelaskan kpd rakyat (kerajaan), jelaskan kpd keluarga dan kawan2 kita… kerajaan bukan berniat utk menghapuskan subsidi tetapi memindahkan kpd poket rakyat terutama golongan sasaran B40 dan M40.

Kita kena faham pembangkang hari ini bukan pembangkang konstruktif. Pembangkang skg hanya tahu ‘Tebuk atap’ kerja memfitnah setiap hari tanpa rasa berdosa, bermaruah dan bertanggungjawab kpd negara dan nasib rakyat.

Ingat Venezuela adalah sebuah negara yg kaya raya dari hasil minyak tetapi kini hancur kerana beban subsidi, rasuah dan ketirisan sepertimana yg berlaku di negara kita skg.

Kita mesti melihat hutang negara kita. Sebuah negara yg kaya tetapi berhutang sejumlah RM 1.5 trillion. Mana tidaknya sejak tahun 1970 hinggalah skg (tolak 5 tahun) perbelanjaan kita defisit.

Negara menuju kehancuran

Org Melayu pernah digelar bangsa subsidi. Sampai bila mahu ditohmahkan begitu kerana org Melayu bukan malas… esok kita akan bersambung mengapa Malaysia sebuah negara kaya menjadi negara yg berhutang dgn jumlah yg sgt tinggi.

Saya akan bicarakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yg diperuntukkan RM41.2 bilion berbanding RM36. 3 bilion tahun ini, iaitu peningkatan terbesar daripada kalangan kementerian.

Adakah wajar RM 1 caj kesihatan di Hospital Kerajaan? Kita bertemu esok.. Insyallah

Tiada ulasan: