"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jurujual disamun, dirogol warga Pakistan atas jejantas

TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes samun 30 Disember tahun lalu
SERDANG – Seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai jurujual pusat beli-belah disamun serta dirogol oleh seorang lelaki Pakistan di jejantas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Serdang, Seri Kembangan, di sini, pada tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa bertindak membuat laporan polis pada hari sama kira-kira pukul 3.05 pagi.

Menurut laporan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya berjalan kaki di jejantas berkenaan sebelum telefon bimbitnya disamun kemudian dirogol dengan diacukan pisau oleh seorang suspek (b1) pukul 12.40 tengah malam.

“Bahagian Siasatan Jenayah Serdang telah berjaya menangkap suspek warga Pakistan di sebuah kondominium Taman Serdang Perdana selepas disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol di jejantas KTM Serdang, Lebuh Raya Sungai Besi, Seri Kembangan, di sini.

“Seorang lagi suspek (b2) ditahan dipercayai rakan sejenayah terlibat dalam satu lagi kes samun dikawasan yang sama pada 30 Disember lalu, di mana pengadu telah mengalami kerugian dua buah telefon bimbit jenis Samsung A03 dan iPhone 11 serta mengalami kecederaan pada jari tangan kanan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Serdang, di sini, hari ini.

Jelasnya, suspek b1, 23, dan suspek b2, 29, yang berasal dari Pakistan masing-masing merupakan penganggur.

“Suspek b1 mengaku telah merogol dan menyamun menggunakan pisau ke atas mangsa. Bagi kes 30 Disember lalu, kedua-dua suspek mengaku terlibat seperti hasil siasatan yang dijalankan.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Isnin depan manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392, Seksyen 397 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasya lagi.

Justeru, beliau menyarankan orang awam yang pernah menjadi mangsa samun kepada suspek agar membuat laporan polis. dan memberi maklumat sekiranya ada individu yang mencurigakan. -KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: