"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: ‘Bukan Anwar Ibrahim untuk rakyat tetapi…’

Harapandaily

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata program asas kecerdasan buatan (AI) – AI untuk Rakyat ialah inisiatif merapatkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Bukan @anwaribrahim untuk rakyat, tetapi Artificial Intelligence untuk rakyat,” tulisnya di platform X hari ini.

Menurutnya, program AI Untuk Rakyat dibangunkan bersama Kementerian Ekonomi melalui agensi MyDigital dan Intel.

Menerusi catatan sama, beliau berkata, platform AI Untuk Rakyat di http://ai.gov.my membolehkan sesiapa sahaja melalui sesi pembelajaran kendiri selama empat jam untuk memahami asas dalam bidang AI.

“Sasarannya ialah 1 juta rakyat Malaysia telah melalui proses ini dalam tahun 2024, yang akan meningkatkan minat dan keterbukaan rakyat Malaysia (terutama generasi muda) dalam AI.

“Saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberi arahan on the spot supaya program ini dilaksanakan segera di sekolah-sekolah dan universiti-universiti.

“PM juga memaklumkan anggota Jemaah Menteri juga diwajibkan melalui proses ini, agar masyarakat kita mendepani usaha menjadi celik AI di rantau ini.

“Saya jemput semua rakyat Malaysia mendaftar dan memulakan sesi kendiri 4 jam ini di http://ai.gov.my.

Tiada ulasan: