"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penagih pecah rumah, curi kereta ditahan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
SUSPEK memecah masuk rumah dan melarikan kereta ditahan polis. FOTO ihsan Polis
SUSPEK memecah masuk rumah dan melarikan kereta ditahan polis. FOTO ihsan Polis
Ampang Jaya: Tindakan penagih dadah yang tidak bekerja memecah masuk rumah di Bandar Baru Ampang dan melarikan kereta Proton Saga mengundang padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa lelaki, 28, bekerja sebagai kontraktor mendapati pintu hadapan rumah dan pintu jeriji besi dalam keadaan terbuka, 7.30 pagi Isnin lalu .

Menurutnya, mangsa kemudian membuat pemeriksaan sebelum mendapati beg dompet mengandungi dokumen penting, wang tunai dan kunci Proton Saga tiada di atas meja bahagian ruang tamu.

"Dia kemudian memeriksa kawasan parkir dan dapati kereta Proton Saga sudah tiada dan disyaki dicuri.

"Susulan itu, polis yang menerima maklumat menahan suspek berusia 29 tahun pada 7 malam kelmarin di Bandar Baru Ampang kerana disyaki terbabit dengan kes yang disiasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, pihak polis membuat rampasan Proton Saga, kunci kereta, pelbagai jenis kunci, tujuh gulung wayar dan satu dompet mengandungi dokumen penting bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati positif dadah jenis methamphetamine danamphetamine.

"Semakan juga dapati suspek mempunyai 15 rekod lampau jenayah dan dadah," katanya.

Beliau berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan merujuk kepada pecah rumah bagi tujuan melakukan curi dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan merujuk kepada mencuri kenderaan.

Tiada ulasan: