"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Whattt? Pegawai Jakim didakwa mencarut, berpolitik di media sosial?

SITI NUR ZAWANI

Seorang individu yang dikatakan bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada individu lain di laman sosial Facebook.

Lelaki menggunakan nama Fidae Humaidi didakwa bergaduh dengan seorang pengguna Facebook, menggunakan perkataan bodoh, bengap serta betina sundal kepada individu tersebut.

Dia juga melabel pengguna Facebook itu sebagai walanon atau penyokong Pakatan Harapan.

Menerusi tangkap layar tular, tertera pada profile Facebook pegawai itu bahawa dia bekerja di bawah JAKIM.
Harapan Daily bagaimanapun tidak dapat mengesan akaun Facebook pegawai tersebut, dipercayai telah dipadam.

Hasil carian dalam direktori kakitangan Jakim juga tidak menemui nama pegawai tersebut.

Begitupun dari tangkap layar tular, pegawai itu difahamkan pernah belajar di Darul Quran Jakim.

Warganet berpendapat kata-kata dilemparkan pegawai tersebut sama sekali tidak mencerminkan pekerjaannya sebagai orang yang bekerja untuk pejabat agama.

Bahkan, kata-katanya yang berbaur politik juga dianggap tidak wajar kerana seorang pegawai kerajaan tidak seharusnya berpolitik.

“Woi mangkuk kau jangan bengap sangat. Penjawat awam ada masa lapang. Kau ingat penjawat awam di seluruh dunia dari pagi sampai 5 petang tak pegang telefon, tak tengok Facebook?

“Bodoh juga walanon ni. Kau nak tabur fitnah, caci maki dekat sini baik kau buka je akaun palsu kau tu. Tunjuk berani lah sikit. Ke kau ni yang betina? Betina sundal yang kau cakap.

“Perangai kau ni memang kesukaan puak-puak PH. Level tak bertamadun langsung bercakap. Memang patutlah jadi walanon,” demikian antara komen ditinggalkan pegawai itu kepada seorang pengguna Facebook.

Tidak dapat dipastikan mereka bergaduh disebabkan hantaran apa.

Begitupun warganet menggesa agar Jakim mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut jika benar dia merupakan pegawai di pejabat tersebut.

Mereka mendakwa, ramai ‘walaun’ yang memegang jawatan penting dalam institusi milik kerajaan tetapi akhirnya memburukkan kerajaan itu sendiri.

Tiada ulasan: