"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
LELAKI ditemukan tidak sedarkan diri di rumah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. FOTO Ihsan Bomba
LELAKI ditemukan tidak sedarkan diri di rumah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. FOTO Ihsan Bomba
Cyberjaya: Lelaki yang mengalami masalah perceraian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah kondominium di Taman Putra Prima, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.06 pagi dan terus ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi didapati lelaki berusia 38 tahun terbaring di ruang tamu dan tidak sedarkan diri dengan gas penghawa dingin berhampirannya.

"Anggota memberi bantuan pernafasan dan diserahkan kepada pasukan perbuatan Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Muklis berkata, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan namun dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital.

Tiada ulasan: