"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isma jauhkan diri selepas pemimpin Aman Palestin didakwa

Harapandaily

Selepas pemimpin Aman Palestin didakwa di mahkamah, Isma menegaskan bahawa pertubuhan itu “tidak pernah dan pada bila-bila masa mengendalikan syarikat Aman Palestin”.

Menerusi kenyataan hari ini, Isma menafikan sepenuhnya dakwaan bahawa pertubuhan itu ada kaitan dengan kes pendakwaan terhadap Aman Palestin.

Setiausaha Agung Isma, Muhammad ‘Izzat Husman berkata, pihaknya menyelar tindakan pihak-pihak berkenaan sebagai tidak telus dan berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti Isma.

“Isma mendapati bahawa terdapat cubaan mengaitkan pertubuhan ini dengan kes pendakwaan oleh Surunhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

“Individu dan kumpulan ini telah mengeluarkan kenyataan dan infografik media berkaitan kes dan mendakwa bahawa Aman Palestin adalah dimiliki dan dikendalikan oleh ISMA,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, Isma akan mengenakan tindakan guaman yang bersesuaian jika pihak berkenaan tidak menarik semula kenyataan, artikel, tulisan atau infografik di media sosial yang telah disebarkan pada kadar segera.

“Sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak yang ingin mengaitkan Isma secara langsung atau tidak langsung dengan kes mahkamah yang sedang dalam perbicaraan, akan disusuli dengan tindakan guaman.

“Isma ingin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada menyebarkan fitnah jahat ke atas pertubuhan ini dan menyerahkan urusan kes kepada pihak mahkamah untuk dibicarakan secara adil dan saksama,” menurut kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: