"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita hamil maut berlanggar van klinik gigi

Malaysiakini

Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di Seremban petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata Nana Toni, 32, cedera parah di kepala manakala anak lelakinya, Norvinsaizul Norsaiful, 3, mengalami luka di kepala.

Beliau berkata motosikal itu ditunggang oleh adik lelaki mangsa berusia 28 tahun yang dipercayai cuai kerana mengubah laluan di simpang jalan sehingga mengakibatkan kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan van terbabit.

“Lelaki itu mengalami luka di bahagian tangan dan kaki… siasatan awal mendapati motosikal itu dalam perjalanan keluar dari arah simpang Klinik Kota menuju ke Pekan Kota dan ketika ia mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan, kenderaan itu dilanggar oleh van yang bergerak terus dari arah Seremban menghala ke Tampin," menurutnya dalam kenyataan di Seremban.

Hazri berkata Nana telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Tiada ulasan: