"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jaga bapa sakit, wanita maut tidur dalam kereta tak buka tingkap

Bernama
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata penemuan mayat wanita dalam kereta diklasifikasikan mati mengejut. (Gambar JBPM)
IPOH: Wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam didapati tertidur ketika menjaga bapanya yang sakit.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, semalam pihaknya telah menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan telah nampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia dalam sebuah kereta di parkir HRPB.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 20 tahun itu diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia.

Tiada ulasan: