"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat Pas bersumpah pertahan Perlembagaan atau hanya sumpah palsu?

Harapandaily

AHMAD MURSI

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hina hakim kononnya hanya ‘bijaksini’ dan tidak ‘bijaksana’, malah akal hakim dipengaruhi penjajah.

Pemimpin Pas lain pula dakwa hakim ‘diternak’ seolah-olah hakim ini haiwan.

Tidak seperti ahli politik, hakim tidak bebas menjawab tuduhan jahat di gelanggang politik.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid (yang selalu dipuji Haji Hadi) sudah menyatakan pendirian bahawa Hakim Kes Nik Elin mesti diputuskan berdasarkan prinsip Perlembagaan bukan ikut kemahuan mana-mana kumpulan.

Bahkan, Tun Hamid sudah ingatkan kerajaan Kelantan 10 tahun dahulu bahawa ada seksyen dalam Enekmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah dan batal kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

Menteri Besar Kelantan sendiri mengakui waktu itu memang ada percanggahan bidang kuasa tetapi kini kenapa pula Pas nak melenting?

Kenapa nak salahkan badan kehakiman hal yang sepatutnya dibereskan oleh badan Perundangan (Parlimen dan DUN) yang Haji Hadi sebahagian daripadanya sejak 80-an?

Setiap kali masuk Parlimen, Haji Hadi dan wakil rakyat Pas bersumpah mempertahankan Perlembagaan tetapi mereka faham ke sumpah itu atau hanya SUMPAH PALSU?

Jika Haji Hadi dan pemimpin Pas lebih ‘bijaksana’, mengapa tidak usaha pinda Perlembagaan semasa jadi ‘king maker’ tubuh Kerajaan Pusat Tebuk Atap dan jadikan semuanya ‘Syariah versi Pas’ dan bukan lagi ‘hasil tangan penjajah’ seperti didakwa?

Kenapa bila hilang kuasa baru berbunyi garang?

Sejak dulu hingga kini, ahli-ahli Parlimen Pas berbahas, gubal dan pinda undang-undang sivil di Parlimen yang mereka dakwa ‘tidak syariah’, ‘tidak Islam’ dan ‘tidak takzir’ itu. Tidak berdosakah?

Penjajah telah lama meninggalkan kita, tetapi otak pemimpin Pas kini masih dijajah.

Pemimpin Pas menganggap Islam hanya ada pada beberapa aspek sempit undang-undang syariah yang digubal DUN dan undang-undang sivil tidak memenuhi objektif syariah.

Mufti Perlis kata, mirip ISIS seruan yang kata ‘Mahkamah Syariah itu Mahkamah Islam, Mahkamah Sivil itu Mahkamah Kafir’.

ISIS tu Khawarij berdasarkan Fatwa Pulau Pinang Bil. 6/2014. Itulah yang kita lihat hari ini.

Tiada ulasan: