"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banduan merusuh, tiga warden penjara cedera

NOOR AINON MOHAMED

TAIPING - Tiga warden mengalami kecederaan ringan dalam rusuhan melibatkan lapan banduan di Penjara Taiping di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima sekitar jam 7 malam.

Menurut beliau, siasatan mendapati provokasi dipercayai menjadi punca banduan dan warden penjara terbabit bertengkar sebelum berlaku pergelutan.

"Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, lapan banduan terbabit selesai menjalani kuarantin di Pusat Koreksional Kamunting baru daftar masuk ke Penjara Taiping.

"Bagaimanapun, salah seorang banduan telah memprovok warden tetapi telah diberi teguran. Akibat tidak berpuas hati, banduan terbabit mula bertengkar dengan seorang daripada mereka menolak warden.

"Ketika tindakan diambil, dua rakan banduan masuk campur menyebabkan warden lain membantu meleraikan dan berlakunya pergelutan," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohamad Nasir berkata, warden penjara yang berusia 27, 41 dan 48 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Lapan banduan berusia 24 hingga 45 tahun pula tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: