"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Semua gambar itu bukan suami saya’ – Raghad

Harapandaily

Tampil bersuara menjelaskan situasi sebenar suaminya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan Tun Abdul Taib Mahmud, dalam keadaan kritikal.

Raghad berkata, dia menerima maklumat mengenai hantaran dalam media sosial itu bahawa suaminya kritikal.

Dia menegaskan semua cerita dan gambar berkenaan bukan suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Saya menerima makluman mengenai sebuah hantaran dalam talian mengenai lawatan ke hospital, yang menampilkan gambar yang didakwa sebagai suami saya, Tun Taib, dalam keadaan kritikal.

“Saya ingin menyatakan kepada semua bahawa gambar itu bukan beliau (Abdul Taib), tetapi orang lain.

“Agensi berita telah mengesahkan bahawa gambar itu adalah orang lain,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Instagramnya.

Dalam masa sama, Raghad, 44, menggesa semua blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi kedua-dua individu dalam gambar serta privasi suaminya.

“Tun Taib masih dalam pemulihan dan kami sedang menerima rawatan yang sewajarnya di hospital tempat beliau tinggal di KL (Kuala Lumpur).

“Semoga kami sentiasa dalam doa anda,” ujar Raghad lagi.

Kelmarin, Raghad, 44, memberitahu menerusi akaun Instagram bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan ‘menculik’ Taib, 88, dari hospital.

Raghad berkahwin dengan Abdul Taib Mahmud pada usia 30 tahun pada 18 Disember 2010.

Perkahwinan itu merupakan perkahwinan kali kedua Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.

Tiada ulasan: