SITI NUR ZAWANI
Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial DD Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua laporan polis berkenaan adalah rekod sehingga semalam.
“Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” katanya lapor Bernama hari ini.
Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.
Susulan itu satu laporan besar-besaran dibuat terhadap pempengaruh pro PN itu.
Ia dimulakan dengan laporan polis yang dibuat serentak seluruh negara oleh Pemuda AMANAH pada Khamis lalu, dan kemudian disusuli laporan dari AMK pada Jumaat.
Biarpun pempengaruh itu sudah pun membuat permohonan maaf, namun laporan polis tetap diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan