"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak tergamak pukul ibu dengan kunci stereng

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Ampang: Seorang lelaki ditahan hari ini selepas disyaki memukul muka ibu kandung sendiri menggunakan kunci stereng ketika mangsa sedang tidur rumahnya di Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 74 tahun itu mengalami kecederaan akibat dipukul di kepala dan patah dua gigi hadapan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan mangsa meletakkan rak kasut sehingga menghalang laluan suspek.

"Jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mangsa sedang tidur dipukul oleh suspek menggunakan kunci stereng.

"Seorang lagi anak mangsa yang cuba meleraikan kejadian itu turut ditumbuk oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, saringan air kencing mendapati suspek berusia 36 tahun didapati tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan disahkan tidak mengalami gangguan mental.

Katanya, suspek yang juga seorang penganggur dipercayai mempunyai hubungan kurang baik dengan ibunya sejak sedekad lalu.

"Suspek direman tujuh hari bermulah hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau lain-lain benda barang berbahaya.

"Jika disabit kesalahan suspek hendaklah dihukum dengan pemenjaraan sehingga dua puluh tahundan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat," katanya.

Tiada ulasan: