SITI ATHIRAH DZULKIFLI
CIK Bunga pernah hasilkan satu artikel mengenai temu bual bersama seorang penyanyi ini sebelum ini. Hendak kata dia orang baharu tak juga, dia pun dah tahap boleh jadi mentor kepada BBNU yang ada dalam industri sekarang ini.
Tapi itulah, Cik Bunga masih ingat lagi, sewaktu temu bual itu, Cik Bunga ada tanya dia mengenai satu kontroversi apabila dia didakwa terlibat dengan gejala dadah.
Ia lebih ketara menerusi perubahan rupa paras dan berat badannya yang semakin kurus.
Tetapi, bermati-matian dia menidakkan dan mengatakan semua itu sekadar tnah yang dibuat oleh pihak tertentu sama ada mahu menjatuhkan reputasinya atau berhasad dengki dengannya.
Apabila dia kata begitu, Cik Bunga pun percaya sahajalah, hendak cakap apa lagi kalau dia pun sanggup bersumpah dengan al-Quran katanya.
Tiba-tiba, baru-baru ini semasa Cik Bunga hadir ke sebuah acara, ada antara orang industri memberitahu bahawa si artis ini masih dengan perangai lamanya itu, terjebak dengan dadah.
Habis itu, yang selama ini dia mena kan bermati-matian itu, rupa-rupanya sekadar ‘propa’ sahajalah? Menipu walhal perkara itu benar? Apalah hendak jadi dengan penyanyi ini ya.
Masalahnya, jenis ‘tahi dadah’ ini kalau tidak menyusahkan orang tak apalah juga. Ini banyak perkara terganggu disebabkan susah orang hendak berurusan dengannya.
Maklumlah, minda tengah di awang-awangan, hendak cakap hal-hal rasional pun rasanya buang masa saja dengan dia.
Cik Bunga difahamkan, isterinya pun dah tak tahu hendak kendalikan dia macam mana.
Dengar nya, rumah tangga dia pun macam bermasalah. Tak tahu betul atau tidak, tak naklah kita masuk campur urusan itu pula. Harapnya isterinya tidak diapa-apakanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan