"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas naib canselor UPSI meninggal dunia selepas 3 hari dibebas mahkamah

Bernama
Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Zakaria Kasa (berkerusi roda) bersama barisan peguamnya ketika di Mahkamah Rayuan. (Gambar Bernama)
IPOH: Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Zakaria Kasa yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan salah guna kuasa pada Khamis lalu meninggal dunia akibat sakit jantung.

Anak ketiganya Mohd Fauzi, 34, berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Slim River pada kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Bapa sudah beberapa tahun menghidap penyakit jantung.

“Selepas selesai kes di mahkamah pada Khamis, bapa pulang ke Tanjung Malim (Muallim) dan dibawa ke hospital pada Jumaat lepas kerana tidak sedarkan diri dan menerima rawatan sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah dibawa ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kodiang Lama, Kedah untuk dikebumikan malam ini.

Zakaria yang berkhidmat di UPSI pada 2007 hingga 2018 meninggalkan seorang isteri dan enam anak.

Pada khamis lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan Zakaria daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.

Tiada ulasan: