KOSMO!
SEBUAH kereta kebal Israel bergerak ke sempadan Semenanjung Gaza kelmarin. – AFP
TEL AVIV – Tentera Israel menyatakan hari ini bahawa lima askarnya terbunuh akibat terkena tembakan pasukan tentera sendiri pada hari sebelumnya di utara Semenanjung Gaza di mana pertempuran sengit tercetus semula sejak beberapa hari lalu.
Ditanya untuk mengesahkan laporan media mengenai kematian lima askar Israel yang diumumkan terlebih dahulu itu adalah disebabkan oleh bedilan pasukan sendiri, seorang jurucakap tentera memberitahu AFP: “Ya benar”.
Terdahulu, tentera Israel mengumumkan bahawa kelima-limar askar berkenaan terbunuh dalam pertempuran semalam tanpa memberikan butiran lanjut tentang punca kematian mereka.
Korban terbaharu itu menjadikan bilangan rasmi askar Israel yang menemui ajal dalam kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza sejak 27 Oktober tahun lalu meningkat kepada 278 orang. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan