"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri lesap, tinggal anak dengan pengasuh berbulan-bulan

KOSMO!

BEIJING – Seorang pengasuh di China terpaksa menjaga anak majikannya selama berbulan-bulan tanpa dibayar gaji, selepas ibu bapa kanak-kanak itu hilang tanpa dikesan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Pasangan itu dilaporkan menghilangkan diri bersama wang yang mereka pinjam daripada pengasuh tersebut.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Yu, menjadi tajuk-tajuk utama di China selama lebih sebulan dan menurutnya, dia tidak mendapat gaji sejak November tahun lalu.

Dia mendakwa diupah oleh pasangan itu di Harbin, wilayah Heilongjiang untuk menjaga anak lelaki mereka yang baru lahir dengan gaji bulanan 7,000 yuan (RM4,591).

Tidak lama selepas membuat perjanjian, pasangan tersebut memberitahu Yu bahawa mereka perlu pergi ke Tianjin untuk menerima harta pusaka termasuk barangan mewah.

Mereka kemudian meminta dia memberikan pinjaman untuk bayaran peguam dan kertas kerja.

Pasangan itu juga memutuskan untuk meninggalkan anak mereka dengan Yu ketika mereka menyelesaikan isu harta tersebut di Tianjin.

Namun sehingga sekarang, kelibat suami isteri itu tidak muncul, manakala menurut orang ramai, mereka mengesyaki kanak-kanak berkenaan bukan anak kandung pasangan tersebut. 

Yu gagal menghubungi kedua-dua majikannya dan dalam masa sama, dia mengaku tidak sanggup mengabaikan kanak-kanak tersebut yang sudah dijaga selama berbulan-bulan. – AGENSI 

Tiada ulasan: