"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejadian pokok tumbang hempap kenderaan berlaku lagi di ibu kota

Nor Azizah Mokhtar
am@hmetro.com.my
KENDERAAN MPV mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KENDERAAN MPV mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Kuala Lumpur: Satu lagi kejadian pokok tumbang menghempap kenderaan dilaporkan berlaku di ibu kota, hari ini.

Berikutan hujan lebat dan angin kuat sejak 3 petang tadi, sebatang pokok Jalan Pinang di sini, dilaporkan tumbang namun kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Menerusi beberapa rakaman video dan gambar yang tular, kejadian dilaporkan berlaku di hadapan Menara Prestige dan menyebabkan beberapa kenderaan terkesan.

Difahamkan, hujan lebat berserta angin kuat yang melanda ibu kota sejak jam 3 petang tadi mengakibatkan sebatang pokok di tepi jalan berhampiran Jalan Pinang tumbang.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada maklumat sahih mengenai jumlah pokok yang tumbang dan kenderaan yang terjejas.

Buat masa ini, BH sedang mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian daripada pihak berkuasa berkaitan.

Tiada ulasan: