"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Didera, diseksa dengan renjatan elektrik pada alat sulit

Agensi
TANGKAP layar video tular seorang mangsa didera. FOTO India Today
TANGKAP layar video tular seorang mangsa didera. FOTO India Today
New Delhi: Tiga pengedar kenderaan di India bukan sahaja diculik, malah menempuh pengalaman pahit apabila diseksa dengan renjatan elektrik sehingga ke bahagian alat sulit mereka, lapor India Today.

Kejadian terbabit berlaku di Kalaburagi, Karnataka, baru-baru ini sebelum polis menahan suspek selepas video rakaman mereka didera dan dibogelkan tular di media sosial.

Polis berkata, mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 9.30 malam, 5 Mei lalu selepas mendakwa diculik pada 4 Mei.

"Suspek mengumpan dengan menyerahkan kereta terpakai untuk diperiksa mangsa sebelum menculik mereka.

"Sepanjang tempoh itu, mangsa diserang dengan kayu dan dipaksa menyerahkan wang sebelum suspek mendera lebih teruk bagi mendapatkan lebih baik wang.

"Justeru, kertas siasatan dibuka pada 5 Mei lalu dan tujuh suspek berjaya ditangkap," kata polis dalam laporan portal India Today.

Katanya, suspek dikenal pasti sebagai Imran Patel, Mohammad Matheen @Steel Matheen, Mohammad Zia Ul Hussain, Mohammad Afzal Sheik, Hussain Sheik, Ramesh dan Sagar.

"Polis pada mulanya berjaya menjejaki Sagar yang juga sebahagian daripada ahli kumpulan lebih besar sehingga membawa kepada penahanan ahli lain," kata polis.

Polis masih menyiasat lanjut kes berkenaan.

Tiada ulasan: