"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau setakat sita esok lusa ada lagi

Lagi penjaja warga asing dikenakan tindakan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
PENGUAT kuasa DBKL menjalankan Tindakan Khas Terhadap Peniaja Warga Asing sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) dan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur. FOTO Ihsan DBKL.
PENGUAT kuasa DBKL menjalankan Tindakan Khas Terhadap Peniaja Warga Asing sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) dan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur. FOTO Ihsan DBKL.
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) dan Lebuh Pudu, di sini, hari ini.

Sitaan dilakukan hasil operasi dan tindakan khas oleh Jabatan Penguatkuasaan dalam mengekang penjaja warga asing tidak berlesen.

DBKL memaklumkan, pihaknya bertindak terhadap video tular di media sosial petang tadi yang menunjukkan aktiviti penjajaan yang dilakukan warga Bangladesh di sekitar Jalan Silang.

"Pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah hadir di lokasi berkenaan dan membuat tindakan penguatkuasaan sita, juga pindah halangan serta merta ke atas tujuh penjaja warga asing.

"Mereka menjual sireh, makanan, pakaian terpakai tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu pada tengah hari, pasukan membuat rutin pemantauan dan tindakan terhadap satu lagi penjaja warga negara sama yang menjual sireh di jalan berkenaan.

Tindakan diambil mengikut kesalahan Undang-undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

Kenyataan menyebut semua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod.

"DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat serta aduan boleh disalurkan di portal adu@kl di pautan adukl.dbkl.gov.my," katanya.

Tiada ulasan: