"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai polis mengaku tak salah bunuh pelajar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh di Perak atas tuduhan membunuh seorang pelajar lelaki pada 15 Dis lalu.

Tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang berpangkat deputi superintendan membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, lapor Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan, Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat SMK Jati, Meru antara 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Dis lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 Nov, 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Dis serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Jan tahun depan,

Bhupindar juga menetapkan 1 Julai depan sebagai sebutan semula kes untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan afidavit masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani dan manakala Nazri diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M Kuhan.

Tiada ulasan: