Reuters
Warsaw: Kebakaran besar yang berlaku pada malam Sabtu di sebuah pusat beli-belah di Warsaw hampir memusnahkan tempat itu, kata pihak berkuasa. Tiada siapa yang cedera semasa kebakaran.
Marywilska 44 dengan hampir 1,400 unit komersial - termasuk banyak kios - adalah antara pusat membeli-belah terbesar di Warsaw. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Mirbud.
"Hampir 100 peratus daripadanya telah terbakar. Api sedang dipadamkan dan ini akan mengambil masa berjam-jam," Mariusz Feltynowski, ketua komander Perkhidmatan Bomba Negeri memberitahu sidang akhbar pada Ahad.
Tambahnya, hampir 200 anggota bomba mengambil bahagian dalam memadamkan kebakaran.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan