Malinda Abdul Malik
Mangsa ditemui dalam keadaan sedang berpaut di tiang jambatan berkenaan.
SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak bertindak terjun ke dalam Sungai Muda selepas dipercayai bertengkar dengan isterinya dalam kejadian di di sebuah jambatan di Kilometer 114 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Taman Mulia, Tikam Batu di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, lelaki berusia 42 tahun itu berjaya diselamatkan pihak bomba selepas dia ditemui berpaut di celah struktur tiang jambatan terbabit pada jam 12.31 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, sebelum kejadian bapa kepada seorang cahaya mata itu bergaduh dengan isterinya, seorang kerani di rumah mereka di Sungai Petani.
“Lelaki tersebut yang bekerja di kantin kilang di Pulau Pinang kemudian keluar dari kediamannya dengan menunggang motosikal, tanpa disedari diekori rakannya.
Pihak bomba menyelamatkan mangsa sebelum menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sebaik tiba di kawasan jambatan itu, dia meninggalkan motosikal dan bertindak terjun ke dalam sungai dan kejadian itu disaksikan rakannya namun tidak sempat memegang tangan lelaki itu ketika dia bertindak demikian.
“Mangsa kemudian diselamatkan pihak bomba dan dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki serta tangan akibat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan