"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Jual' kisah sedih nak beli tiket balik Bangladesh

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
PATI warga Bangladesh yang mendakwa terpaksa bekerja secara haram untuk membeli tiket pulang ke kampung halaman selepas isterinya jatuh sakit. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
PATI warga Bangladesh yang mendakwa terpaksa bekerja secara haram untuk membeli tiket pulang ke kampung halaman selepas isterinya jatuh sakit. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Kuala Lumpur: Terpaksa bekerja untuk beli tiket pulang ke kampung kerana isteri mengalami masalah mental.

Itu kisah sedih yang 'dijual' seorang lelaki warga Bangladesh ketika cuba meraih simpati selepas ditahan menerusi Op Belanja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Kompleks Pasar Borong, Jalan Ipoh di sini, semalam.

Lelaki 33 tahun itu mengaku masuk ke Malaysia sejak September tahun lalu sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Klang.

Katanya, sepanjang belajar di Malaysia, segala perbelanjaan keluarga ditanggung isterinya yang juga seorang peguam di Bangladesh.

"Sebelum ini, saya bekerja sebagai cikgu di Bangladesh dan datang ke sini untuk sambung belajar, tetapi tiba-tiba isteri saya ada gangguan mental, mungkin sebab tertekan.

"Jadi, saya ambil cuti satu semester dan terpaksa kerja di kedai sayur sebagai jurujual dengan gaji RM2,000 untuk kumpul duit buat beli tiket pulang bulan depan," katanya ketika ditemui di lokasi, di sini. semalam.

Menurutnya, walaupun tahu tindakannya bekerja di premis itu adalah salah, namun dia mendakwa terpaksa melakukannya kerana terdesak untuk mencari wang.
ANTARA Pati yang ditahan dalam Ops Belanja JIM Kuala Lumpur. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
ANTARA Pati yang ditahan dalam Ops Belanja JIM Kuala Lumpur. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Sementara itu, beberapa lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) dicekup kerana didapati menyalahgunakan pas pekerjaan untuk bekerja di sektor selain yang ditetapkan dalam pas berkenaan.

Difahamkan, 58 individu diperiksa, manakala 22 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan tiga majikan warga tempatan ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira 12.30 tengah hari itu.

Ketika ditahan, kebanyakan Pati terbabit tidak mengaku bekerja di premis berkenaan, bagaimanapun helah mereka dapat dihidu pasukan operasi yang terlebih dahulu sudah menjalankan pemantauan dan risikan di lokasi berkenaan.

Warga asing ditahan kesemuanya lelaki terdiri daripada warga Bangladesh (18 orang), Indonesia (seorang), dan Myanmar (empat orang).

Tiada ulasan: