"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas penjawat awam ditahan kes penipuan tanah rizab Melayu

KOSMO!

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas penjawat awam kerana disyaki menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot tanah rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia sekitar 60-an itu turut menipu dengan menyatakan tanah tersebut bukan tanah rizab Melayu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012 dan ketika itu dia masih lagi merupakan seorang penjawat awam.

“Turut difahamkan keseluruhan tanah berkenaan telah dipecahkan dan dijual kepada bukan Melayu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Tambah beliau, suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: