"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kempen PN dijangka ‘menggila’ selepas usaha serang kerajaan tak berhasil

SITI NUR ZAWANI

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjangkakan kempen Perikatan Nasional (PN) di DUN Kuala Kubu Baharu akan semakin menggila selepas serangan yang disasarkan kepada Kerajaan Perpaduan tidak berhasil.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu berkata, ia dapat dilihat apabila kempen pembangkang berubah-ubah, cuba membangkitkan kemarahan rakyat tanpa bukti dan fakta.

Ujar Amirudin, PN terpaksa menggila kerana mereka tidak boleh terima kesilapan yang mereka lakukan termasuklah menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Jangkaan saya selepas mereka gagal, mereka akan makin menggila sebab apa…sebab mereka terpaksa menggila, mereka tak boleh ‘move on’ daripada kesilapan mereka lakukan.

“Merekalah yang bertanggungjawab mencipta ketidakstabilan politik. Bila kita pulih pelaburan masuk..

“(Dengan) kestabilan ditunjukkan ini kita boleh bentang dasar perubahan tenaga…dasar baru perindustrian besar, dapat menarik pelaburan semikonduktor.

“Mereka tiada benda lain (nak serang), terpaksa adakan alasan,” katanya.

Tambah Amirudin, PN kini ibarat ‘gila talak’ apabila menyerang pihak yang mengadakan kerjasama dengan DAP seperti Umno dan PH.

Walhal katanya, gabungan kerajaan aman bekerjasama bersama berbanding pembangkang yang masih lagi sibuk ‘mencuri’ wakil rakyat untuk bentuk kerajaan.

“BN dah dua tahun bersama DAP tidak ada masalah pun. PN hala tuju tak tetap. Nak pergi mana tak tahu. Dia tahu ambil kesempatan, curi orang sini nak bentuk kerajaan.

“Itu timbulkan ketidakstabilan, hasilkan negara tak makmur dan wujudkan krisis.

“Sedangkan kita 18 parti bergabung untuk pastikan kestabilan kekal, orang boleh buat kerja, bekalan pulih, ekonomi kita tarik inilah masa depan rakyat sekarang,” katanya.

Tiada ulasan: