Utusan Online
BANGKOK: Suhu panas ekstrem menyebabkan rel kereta api membengkok di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand.
State Railway of Thailand (SRT) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja kereta api mengambil masa selama sejam bagi mendinginkan rel agar dapat digunakan kembali.
Ketua Gabenor SRT, Ekarat Sri-arayanpong berkata, suhu yang sangat panas menyebabkan tekanan kepada rel serta galas pada bahagian landasan kereta api yang menyebabkan landasan menjadi bengkok.
“Pekerja SRT bekerja keras untuk membetulkan semula rel yang bengkok dan besi konkrit panas kepada bentuk asal dengan menuang air sejuk dan ketulan ais.
“Rel kembali normal sejam selepas itu,” katanya lapor Bangkok Post.
Kerajaan Thailand mengeluarkan amaran berhubung suhu panas melampau susulan indeks haba dijangka meningkat melebihi 52 darjah Celcius.
Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan 30 orang meninggal dunia akibat strok haba antara 1 Januari hingga 17 April lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di
Tags: top
BERITA BERKAITAN
Reader’s Digest henti operasi selepas 86 tahun
3 Mei 2024, 6:00 pm
51 maut lebuh raya runtuh di China
3 Mei 2024, 5:00 pm
Gunung Ruang muntahkan abu setinggi 200 meter
3 Mei 2024, 4:30 pm
Cuaca panas: Jangan khuatir, penutupan sekolah dibuat jika perlu – Dr Dzulkefly
3 Mei 2024, 3:49 pm
Terma dan Syarat
Polisi Editor
Hubungi Kami
Hak cipta terpelihara © 2024, Utusan Malaysia
Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami.
SETUJU
TERUSKAN MEMBACA
Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan